PROJEK CUTI KRISMAS
|
Pau inti nyok.....GEBUSS...nyam...nyam...nyam |
|
Pau inti kacang merah
|
Mama sengaja kaler-kalerkan pau ni konon2 nak bezakan inti...budak2 ngan papa budak2 suka....ALHAMDULILLAH
RESEPI
2 1/2 cawan Tepung Gandum
1 sudu kecil yis segera
3 sudu besar gula
1 cawan air suam
1 sudu besar lemak sayur
secubit garam
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh pelembut roti
Cara2
Satukan air suam, gula dan yis. Kacau dan biarkan 10 minit biar berbuih2
Satukan tepung,baking powder dan pelembut roti dalam mangkuk adunan. Lubangkan tengah2 dan masukkan larutan yis dan ramas2. Masukkan lemak sayur dan uli hingga kenyal...biarkan ia naik 2 kali ganda....
Tips untuk mempercepatkan adunan cepat naik...kurang 30 minit dah membukit
Adunan dimasukkan ke dalam mangkuk kemudian masukkan ke dalam periuk yg merisi air panas tutup...biar dalam masa 30 minit.
Inti nyok
Kelapa parut
Gula merah
Daun pandan
secubit garam
air
cara2
Masukkan ke dalam kuali semua bahan dan biarkan hingga air kering..kena kacau selalu ye takut hangusss
Inti Kacang Merah
Sori tak dak resepi...mama beli instant jer..ahaks
Bila adunan dah naik....keluarkan dari mangkuk tumbuk2 keluarkan angin...Bahagikan adunan kepada 10-11 biji...mama selalu dapat sebelas....masukkan inti dan biarkan setengah jam lagi untuk bagi dia naik sekali ganda
Sediakan air kukusan dan kukus pau selama 10 minit......